Monday, 11 May 2015

PANTUN EMPAT KERAT

Pengenalan


Pantun merupakan satu puisi rakyat yang dinyanyikan. Dalam kesusatraan, pantun pertama kali muncul dalam Sejarah Melayu dan hikayat-hikayat popular yang sezaman.Kata pantun sendiri mempunyai asal- asal yang pari, artinya  paribahasa dan peribahasa dalam bahasa Melayu. Arti ini juga berdekatan dengan umpama dan seloka yang berasal dari India.
              
       Pantun merupakan sastra lisan yang dibukukan pertama kali oleh Haji Ibrahim Datuk Kaya Muda Riau, seorang sastrawan yang hidup Perhimpunan Pantun-pantun Melayu. Genre pantun merupakan genre yang paling bertahan lama .Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa Nusantara. Pantun berasal dari kata patuntun dalam bahasa Minangkabau yang berarti " petuntun".
            
       Lazimnya pantun terdiri diatas empat larik ( atau empat baris bila dituliskan), setiap baris terdiri dari 8-12 suku kata , bersajak akhir dengan pola a-b-a-b dan a-a-a-a ( tidak boleh a-a-b-b, atau a-b-b-a ).Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis. Semua  bentuk pantun terdiri atas dua bahagian : SAMPIRAN dan ISI. Sampiran adalah dua baris pertama ,kerap kali berkaitan dengan alam ( menarik budaya agraris masyarakat pendukungnya ), dan biasanya tak punya hubungan dengan bagiankedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima atau sajak.


         
          Penyelasan tersebuat dapat pula dipecahkan kepada kelompok-kelompok tema yang lebih kecil. Misalnya, tema nasihat dan pendidikan dapat dipecahkan kepada tema budi dan kias barat.Pantun tentang nasib dan jenaka pula boleh dimasukkan ke dalam goglongan pantun telatah dan cara hidup masyarakat.




Pantun empat kerat – dagang







Tanam delima ditengah padang,
Raja berarak dari asahan,
Terimalah saya anaknya dagang,
            Dating dengan kain basahan.

Buah langsat gendong di kain,
Pokok rendang bergantung-gantung,
Bukan dagang datang bermain,
Dagang datang mencari untung.

Kedidi di pasir gosong,
Anak Murai putih dadanya,
Tarik nafas kenangkan untung,
Jatuh berderai air matanya.

Ada anjung tingkapnya empat,
satu pintu hadap ke laut,
anak dagang datang mencari tempat,
sebagai ajal ditunda maut.

Sengkalang kayu sengkawang,
Ketiga dengan kayu kelat,
Dagang saya sudah terbuang,
Sebagai ikan di luar belat.


Maksud pantun/ tema ;

Pantun ini bertemakan kemanusiaan dan kemasyarakatan yang berkaitan dengan kehidupan anak dagang. Mengupas untung nasib, perasaan, perlakuan, dan penerimaan masyarakat terhadap anak dagang.

Rangkap 1 ;

Penulis menyatakan bahawa anak dagang harus sentiasa merendah diri agar masyarakat dapat menerima kehadiran dirinya, anak dagang yang hidup merempat dan hina.

Rangkap 2 ;

Penulis menyatakan bahawa anak dagang merantau bukanlah untuk membuang masa tetapi untuk mencari kekayaan atau kesenangan bagi membaiki taraf hidup mereka.

Rangkap 3 ;

Pada rangkap ketiga penulis menyatakan bahawa ada ketikanya seseorang anak dagang (perantau ) merasa sedih apabila mengenang kan untung nasibnya yang tidak menentu.

Rangkap 4 ;

Pada rangkap keempat penulis menyatakan bahawa anak dagang (perantau) terpaksa menempuhi kegetiran hidup mencari tempat tinggal yang sesuai. Anak dagang berusaha dengan keras memperjudikan untung nasib hidupnya bagi mencari tempat yang sesuai untuk mengumpulkan kekayaan dan memperbaiki taraf hidup.

Rangkap 5 ;

Rangkap terakhir anak dagang menyatakan kesedihannya dan mearasa terhina apabila kehadirannya tidak dipedulikan oleh masyarakat sebab miskin dan melarat.



Pantun empat kerat-cindai










Naik bukit membeli inai,
Inai tidak berbunga lagi,
Kain songket bertepi cindai,
Cindai tidak berguna lagi.

Kapal berlayar menimbang arus,
Patah kemudi meyusur pantai,
Tuan laksana cindai yang halus,
Sama padan maka dipakai.

Kapal belayar menimbang arus,
Patah kemudi menyusur pantai,
Sudah jumpa songket yang bagus,
Kalah membeli menang memakai.

Dari Makasar pergi Palembang,
Lalu di Ambon ke Majapahit,
Sungguh kasar kainnya jarang,
Kalau ditenun menjadi baik.


Maksud/tema ;

Pantun ini bertemakan cindai iaitu lambing sesuatu yang perlu sentiasa menjaga mutu atau maruah diri sepanjang masa agar terus dipandang mulia dan berharga.

Rangkap 1 ;

Maksudnya sesuatu ( barangan atau sifat manusia ) yang baik atau bernilai tidak akan terserlah nilainya atau tidak berguna, jika diletakkan pada tempat yang tidak sesuai.

Rangkap 2 ;

Maksudnya disebabkan sesuatu itu baik, indah bermutu, bernilai tinggi, maka disukai dan digunakan oleh orang.

Rangkap 3 ;

Maksudnya sesuatu yang baik, indah, dan bermutu akan tetap dibeli dan diguna pakai orang walaupun harganya tinggi, mahal atau sukar untuk didapati.

Rangkap 4 ;

Maksudnya sesuatu yang asalnya kelihatan tidak elok, tidak sempurna, andainya diperbaik dengan teliti akan kelihatan baik, cantik dan bernilai.



Pantun empat kerat – Adat dan Etika






Anak cina bertimbang madat
Dari Mekasar langsung ke Deli,
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak terjual beli.

Apalah tanda batang putat,
Batang putat bersegi buahnya,
Apalah tanda orang beradat,
Orang beradat tinggi maruahnya.

Batu kucubung warna unggu,
Ditatah berlian batu bermutu,
Adat melayu menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.

Daun sireh sudah disusun,
Siap dengan gambir dan kapur,
Adat semang pulang ke dusun,
Adat belut pulang ke lumpur. 

Maksud pantun/ tema ;

Bertemakan kemanusiaan dan kemasyarakatan yang berkaitan dengan adat dan etika. Untuk mencapai kehidupan yang baik, manusia perlu mengikut aturan hidup yang ditetapkan dan diterima umum oleh ahli masyarakat sebagai sebahagian peraturan, adat, dan etika kehidupan.


Rangkap 1 ;

Maksudnya cara berbahasa seseorang mencerminkn nilai dirinya. Seseorang yang bercakap dengan sopan dan santun di anggap sebagai berbudi bahasa.

Rangkap 2 ;

Maksudnya tingkah laku mencerminkan maruah diri seseorang. Orang yang pandai menjaga tingkah lakunya dipandang tinggi dan bermaruah.

Rangkap 3 ;

Maksudnya bagi orang melayu, meraka mengalu alukan tetamu yang datang berkunjung ke rumah.Dengan membentangkan tikar baru untuk alas duduk tetamu dan membukakan pintu rumah serta menjemput tetamu masuk. Lambing memuliakan tetamu.

Rangkap 4 ;


Walau kemana sekalipun anak dagang merantau, akhirnya akan kembali semula ke tempat asal. Lamabang tidak melupakan asal usul.





Penutup




Pantun merupakan hasil kesusateraan Melayu yang digolongkan dalam genrel puisi Melayu tradisional ( lama ) yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu sejak sekian lama kerana pantun merupakan satu-satunya warisan kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu dan diiktiraf oleh sarjana-sarjana Barat.
              
             Pantun adalah alat komunikasi yang sangat istimewa kerana bahasanya yang tepat dan mempunyai mesej untuk mendidik masyarakat. Setiap rangkap pantun sudah diukur terlebih dahulu dan kemudian baru digunakan.Keistimewaan bahasa dalam pantun menunjukkan kebijaksanaan orang-orang Melayu dalam mendidik masyarakat supaya beradat dan beradab.

           Keistimewaan pantun juga terletak pada diisinya yang indah, kreatif dan kritis serta mengandungi pengertian dan perlautan antara baris sampiran dengan maksud yang perlu diteliti dengan mendalam maksudnya. Hal ini, telah mengangkat martabat dan darjat pantun itu sendiri. Tambahan pantun pula dilafazkan secara lisan dan spontan dengan peraturannya yang khusus " bentuk dengan ciri-cirinya yang melahirkan keunikan, kesedapan dan keintelektualan tinggi.

        Akhirulkalam , kumpulan kami telah menyiapkan tugasan yang diberi. Rekaan pantun ini mempunyai kreatif, kritis dan bijak serta mempunyai komitmen yang tinggi. Pantun sepatutnya menjadi akar kebudayaan masyarakat Malaysia yang perlu dijadikan amalan harian kerana pantun membawa kesan yang positif kepada semua kaum. Malah dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni kerana kita saling dapat meneguri nasihat- menasihati dan seterusnya  mengasah mindah masyarakat supaya sukar berfikir serta menggunakan bahasa yang indah dan sopan bukan menjadi penghiasan  di majlis-majlis tertentu dan pertandingan sahaja




Rujukan




1 )  Dewan Bahasa


2 )http://osmanmy.blogspot.com pantun-4-kerat.html


3 )paniti.wordpress.com/koleksi-pantun-melayu/